Piagam pelanggan PASTI adalah seperti berikut:
- Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca,menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.
- Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
- Sentiasa bersikap terbuka dan proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
- Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.
- Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sedia pelanggan.
No comments:
Post a Comment