PASTI MUJTAHID
Sunday, 24 January 2016
Wednesday, 20 January 2016
PIAGAM PASTI
PIAGAM PELANGGAN PASTI
Piagam pelanggan PASTI adalah seperti berikut:
Piagam pelanggan PASTI adalah seperti berikut:
- Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca,menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.
- Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
- Sentiasa bersikap terbuka dan proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
- Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.
- Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sedia pelanggan.
FALSAFAH PENDIDIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Falsafah Pendidkan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
Falsafah Pendidikan PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
VISI, MISI DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
VISI
Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam
MISI
Melaksanakan program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat di Malaysia.
MATLAMAT PENUBUHAN PASTI
Matlamat Am
Matlamat Khas
OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
VISI
Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam
MISI
Melaksanakan program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat di Malaysia.
MATLAMAT PENUBUHAN PASTI
Matlamat Am
- Mengembalikan kefahaman masyarakat umum kepada menyedari kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
- Mengadakan pendidikan awal (prasekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, beilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
- Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiyah untuk jangka masa panjang.
- Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
- Menyedarkan masyakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyah
Matlamat Khas
- Menyedarkan dan meningkatkan kesempurnaan tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai oleh Allah SWT
- Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasullullah SAW
- Memberi galakan kepada anak-anak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT
- Memberikan kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
- Mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
- Membimbing anak-anak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
- Melatih anak-anak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir.
- Memberikan pengetahuan kepada anak-anak asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.
Tuesday, 19 January 2016
AKTIVITI
AKTIVITI - AKTIVITI TAHUNAN PASTI
- Alam Ria PASTI
- Sukan PASTI
- Sukaneka
- Hari Anugerah Kecemerlangan
- Hari Guru
- Hari Interaksi Ibubapa dan Penjaga
- Hari Keluarga
Subscribe to:
Posts (Atom)